π Peraturan Komuniti Kakifilem
Selamat datang ke komuniti Kakifilem! Untuk memastikan komuniti kekal selesa, teratur dan selamat, sila baca dan fahami peraturan berikut.
π§βπ€βπ§ Etika & Tingkah Laku
- Hormati semua ahli. Elakkan provokasi, kutukan atau bahasa kesat.
- Elakkan DM ahli lain tanpa bertanya dahulu di group. Hormati privasi β tidak semua orang selesa dihubungi secara peribadi.
- Jangan spam atau ulang mesej berkali-kali.
-
Jangan desak Admin untuk membalas atau menyediakan
filem dengan cepat.
Nota: Kami bantu secara sukarela kerana minat dan hobi, bukan bergaji. Kami juga ada kerja dan tanggungjawab lain, jadi harap bersabar dan faham keadaan. - Jangan share filem atau link dari channel/group lain dalam group ni. Telegram boleh salah faham dan block group ini nanti π¬.
βSetiap permintaan mempunyai masanya sendiri. Kami akan sediakan apabila sudah siap harap hormati masa dan proses kami.β
π Kandungan yang Dilarang
- Tiada gangguan seksual, termasuk mesej peribadi kepada ahli lain.
- Tiada kandungan lucah, seks, atau NSFW.
- Tiada perbincangan politik, isu perkauman, atau agama yang sensitif.
- Jika ternampak kandungan yang melanggar peraturan komuniti, sila laporkan segera kepada admin.
- π¨ Tiada toleransi terhadap bahan eksploitasi seksual kanak-kanak. Kes akan dilaporkan kepada pihak berkuasa tanpa amaran.
π₯ Permintaan & Penggunaan Bot
- Cari di bot terlebih dahulu sebelum membuat permintaan.
- Jangan minta filem yang masih ditayangkan di pawagam.
- Jika filem belum tersedia, sila bersabar dan beri masa kepada admin untuk menyediakannya.
- Elakkan menghantar permintaan yang sama berkali-kali. Satu permintaan sudah mencukupi. π
Sebelum membuat permintaan, sila cari di bot terlebih dahulu. Ada kemungkinan filem yang anda cari sudah tersedia dalam bot.
π» Iklan, Kos & Proses Video
- Setiap video perlu melalui beberapa proses sebelum tersedia, termasuk download, encoding, pelarasan kualiti dan upload.
- Proses encoding biasanya mengambil sekitar 15β30 minit, tetapi tempoh sebenar bergantung pada saiz fail, tetapan kualiti dan beban sistem. Dalam sesetengah keadaan, proses keseluruhan boleh mengambil masa lebih lama.
- Sesetengah fail boleh berukuran lebih daripada 2GB dan memerlukan ruang storage yang besar.
- Kos server, storage dan bandwidth ditanggung sendiri oleh team Kakifilem.
- Penggunaan sistem dan storage secara berterusan juga boleh menyebabkan keperluan penyelenggaraan atau penggantian hardware.
Setiap filem memerlukan masa untuk diproses sebelum boleh disediakan kepada pengguna.
- Iklan dalam bot membantu menampung kos seperti server, domain, storage dan bandwidth.
- Dengan adanya iklan, kami dapat mengekalkan perkhidmatan ini secara percuma kepada komuniti.
β οΈ Perkongsian & Hormat
β Apa Yang Boleh
- Kongsi filem secara peribadi dengan kawan & keluarga.
π« Apa Yang Tak Boleh
- Jangan jual atau kenakan bayaran untuk filem yang diperoleh melalui bot.
- Jangan buat group VIP berbayar menggunakan hasil kerja encoder.
- Jangan mengaku hasil kerja encoder sebagai milik sendiri.
π€ Hormati Encoder
Setiap filem memerlukan masa, tenaga dan kos untuk disediakan. Hargai usaha encoder dan jangan gunakan hasil kerja mereka untuk mendapatkan keuntungan tanpa kebenaran.
π¬ Boleh kongsi, tapi jangan jual.
β‘ Hargai usaha encoder.
β¨ Kita semua minat benda yang sama. Jom jaga komuniti, hormati usaha masing-masing dan berkongsi dengan ikhlas. π
β οΈ Tindakan Jika Langgar Peraturan
- Mute sementara atau kekal.
- Kick atau ban terus dari group.
- Laporan kepada Telegram atau pihak berkuasa (jika perlu).
Dengan terus berada dalam group atau menggunakan bot kami, anda dianggap telah bersetuju dengan semua peraturan di atas.
β Bertanya tentang filem tidak menjadi masalah kami faham anda ingin menonton.
β³ Namun, setiap proses memerlukan masa. Sabar itu kunci! πΏ